Terdapat tiga garis panduan mengira zakat pendapatan:-
1)
2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika
pendapatan tersebut melebihi nisab).
Contoh: Jika jumlah pendapatan kasar dari sumber setahun
ialah sebanyak RM33,800.00, maka setahun zakat sebanyak RM33,800.00 x 2.5% =
RM845.00
2)
Membayar zakat setelah menolak
perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan
yang dibenarkan).
3)
Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan
sebenar
Contoh pengiraan zakat mengikut garis panduan kedua dan
ketiga.
A. PENDAPATAN DARI SUMBER (SETAHUN) RM
Gaji 24,000.00
Elaun 5,800.00
Bonus 4,000.00
Lain-lain 5,000.00
JUMLAH PENDAPATAN 38,800.00
B. TOLAKAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN) RM
Diri 8,000.00
Isteri 5,000.00
Anak-anak(800X4) 3,200.00
Pemberian ibu bapa (contoh) 2,400.00
Caruman KWSP 2,400.00
Caruman Tabung Haji 600.00
Caruman Kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat
bagi pihak ahli 1,200.00
JUMLAH TOLAKAN 22,800.00
C. PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT(A-B) RM
RM38,800.00-RM22,800.00 16,000.00
Nilai melebihi paras nisab
(Contoh nisab semasa=RM4,226.00 5,800.00
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (CX2.5%) RM
RM16,000.00 x2.5% 400.00
• Perbelanjaann bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di
atas berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua)
• Bagaimana pun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak
boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu
mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan,
pengangkutan, pendidikan dan tempat tinggal.
• Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung
Haji,caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak
ahli berdasarkan kepada jumlah sebenar.
Sumber Maklumat: Pusat Zakat Selangor.
(Bagi pembayar-pembayar zakat yang tinggal di negeri-negeri
lain bolehlah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam atau Pusat Zakat
di negeri masing-masing).