Rajin Bersedekah diluaskan Rezeki
ASMA’ menerangkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu
menyempitkan sedekah sehingga menyebabkan Allah menyempitkan (tidak
mengeluarkannya) untuk kamu dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam
bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.” (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allah melarang kita daripada
mempunyai sifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta
berkenaan ke jalan Allah.
Orang yang bersedekah adalah
orang yang tahu akan kebaikan pada masa depan kerana Allah berjanji bahawa
pintu rezeki hamba-Nya akan sentiasa diluaskan jika seseorang itu banyak
bersedekah.
Rezeki- Allah ganti derma kamu
Saba [39] Katakanlah: Sesungguhnya
Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara
hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan
maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
Credit to : http://uruswang.wordpress.com/