anakayahkaya.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

Kepentingan Menabung




FAEDAH MENABUNG
  •           Meningkatkan pendapatan
  •           Meningkatkan kualiti hidup
  •           Membiayai pendidikan
  •           Membeli rumah
  •           Tanggungjawab berumahtangga
  •           Membeli barang keperluan
  •           Menyediakan wang kecemasan
  •           Berdikari dari segi kewangan

-           
MENABUNG MELALUI AMALAN BERHEMAT

Berjimat Cermat
-       Kita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan.

Merancang Perbelanjaan
-          Jikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh di tabung.

Amalan Bersederhana
-      Apabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalkan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Faktor yang Mempengaruhi Nilai MATA WANG


Inflasi
Harga barang naik ialah inflasi. Jika inflasi meningkat maka nilai matawang akan mengecil. Secara mudah inflasi adalah kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan. Inflasi dikra dalam bentuk peratusan tahunan. Purata inflasi setahun adalah 6%.

Riba Pinjaman
Pinjaman dari bank yang mengandungi riba akan menyumbang kepada peningkatan matawang. Jika inflasi meningkat, maka ramai yang menjadi miskin dan takut untuk meminjam apatah lagi menanggung riba'.

Defisit
Defist bermaksud kekurangan hasil pendapatan berbanding yang diperlukan. Belanjawan Negara kita memiliki defisit. Jika defisit melambung, maka nilai matawang kita akan mengecil.

Pelaburan Asing
Kadar eksport dan import juga mempengaruhi nilai matawang. Jika kadar eksport tinggi melebihi kadar import, maka matawang negara kita akan meningkat. 

Hutang Negara
Kita lihat Greece, negara tersebut memiliki hutang yang tinggi. Bila sebut negara, maka ia terdiri daripada rakyatnya juga. Rakyat mereka juga dibelit hutang. Bila hutang meningkat maka nilai matawang akan mengecil.

Kestabilan Politik
Sesebuah Negara yang stabil kurang akan mempengaruhi kemerosotan nilai matawang seandainya berlaku pergolakan politik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gold vs Dollar


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perihal Zakat




Pengertian Zakat

Dari segi bahasa:
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "BERKAT" dan "BERKEMBANG". Pengertian bersih dan suci dalam istilah zakat ilah menbersihkan
harta dan mensucikan diri dan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil.

Dari segi syarak:
Mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh syarak.

ZAKAT HARTA
Setiap barang yg benar2 dimiliki dan dikawal serta kebiasaanya boleh diambil faedah daripadanya.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna milik
  4. Cukup nisab
  5. Cukup haul (genap setahun qamariah/354 hari) 

EMAS
Jenis emas terbahagi kepada:
1) emas perhiasan - iaitu emas yg dipakai sebagai barang perhiasan dalam masa setahun qamariah.
wajib dikeluarkan 2.5% atau 1/40 zakatnya apabila beratnya melebihi 500gram.

2) emas simpanan - iaitu emas yang disimpan dalam masa setahun qamariah dan beratnya melebihi 85gram  atau 25 mayam.
wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 dari nilainya.

PERAK
Barangan perak wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada nilai harta tersebut apabila genap setahun qamariah dan beratnya melebihi
200dirham/595 gram/176 mayam.

ZAKAT SIMPANAN
seorang muslim yg mempunyai wang simpanan wajib mengeluarkan zakat 2.5% sekiranya memenuhi 3 syarat berikut:

  1. wang simpanan itu kepunyaannya (milik sempurna)
  2. wang itu tidak disimpan tidak kurang daripada 12 bulan qamariah/354 hari
  3. wang itu mencukupi nisab iaitu menyamai atau melebihi kadar 20 misqal emas, bersamaan 85 gram emas.

ZAKAT SAHAM
Saham adalah wang yg dilaburkan dalam sesebuah perniagaan/syarikat. ia adalah bukti pemilikan sesebuah perniagaan.
Kadar zakatnya adalah 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun (tarikh cukup haul).


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Sedang mengumpul aset emas..harap anda juga begitu :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Salam..
kita kena rajin n selalu membaca untuk menambah pengetahuan tentang pengurusan wang dan peluang-peluang baru tentang mengandakan pendapatan, penambahan asset seperti hartanah, emas ataupun silver.
Sumber-sumber bacaan ini boleh didapati melalui internet, e-book,buku, paper, majalah dan sebagainya.
Disini saya tunjukkan beberapa majalah n buku yang saya baca mengenai GOLD :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS