Inflasi
Harga barang naik ialah inflasi. Jika
inflasi meningkat maka nilai matawang akan mengecil. Secara mudah inflasi
adalah kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan. Inflasi dikra dalam
bentuk peratusan tahunan. Purata inflasi setahun adalah 6%.
Riba Pinjaman
Pinjaman dari bank yang mengandungi riba
akan menyumbang kepada peningkatan matawang. Jika inflasi meningkat, maka ramai
yang menjadi miskin dan takut untuk meminjam apatah lagi menanggung riba'.
Defisit
Defist bermaksud kekurangan
hasil pendapatan berbanding yang diperlukan. Belanjawan Negara kita memiliki
defisit. Jika defisit melambung, maka nilai matawang kita akan mengecil.
Pelaburan
Asing
Kadar eksport dan
import juga mempengaruhi nilai matawang. Jika kadar eksport tinggi
melebihi kadar import, maka matawang negara kita akan meningkat.
Kita lihat
Greece, negara tersebut memiliki hutang yang tinggi. Bila sebut negara, maka ia
terdiri daripada rakyatnya juga. Rakyat mereka juga dibelit hutang. Bila hutang
meningkat maka nilai matawang akan mengecil.
Kestabilan
Politik
Sesebuah Negara yang stabil kurang akan mempengaruhi
kemerosotan nilai matawang seandainya berlaku pergolakan politik.