Kepentingan Menabung
FAEDAH MENABUNG
- Meningkatkan pendapatan
- Meningkatkan kualiti hidup
- Membiayai pendidikan
- Membeli rumah
- Tanggungjawab berumahtangga
- Membeli barang keperluan
- Menyediakan wang kecemasan
- Berdikari dari segi kewangan
-
MENABUNG
MELALUI AMALAN BERHEMAT
Berjimat
Cermat
- Kita hendaklah berjimat cermat
dalam menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan
perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan
menjimatkan perbelanjaan.
Merancang
Perbelanjaan
-
Jikalau kita merancang segala
perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak
perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh di tabung.
Amalan
Bersederhana
- Apabila taraf hidup kita
meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap
mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalkan
cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.
Faktor yang Mempengaruhi Nilai MATA WANG
Inflasi
Harga barang naik ialah inflasi. Jika
inflasi meningkat maka nilai matawang akan mengecil. Secara mudah inflasi
adalah kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan. Inflasi dikra dalam
bentuk peratusan tahunan. Purata inflasi setahun adalah 6%.
Riba Pinjaman
Pinjaman dari bank yang mengandungi riba
akan menyumbang kepada peningkatan matawang. Jika inflasi meningkat, maka ramai
yang menjadi miskin dan takut untuk meminjam apatah lagi menanggung riba'.
Defisit
Defist bermaksud kekurangan
hasil pendapatan berbanding yang diperlukan. Belanjawan Negara kita memiliki
defisit. Jika defisit melambung, maka nilai matawang kita akan mengecil.
Pelaburan
Asing
Kadar eksport dan
import juga mempengaruhi nilai matawang. Jika kadar eksport tinggi
melebihi kadar import, maka matawang negara kita akan meningkat.
Kita lihat
Greece, negara tersebut memiliki hutang yang tinggi. Bila sebut negara, maka ia
terdiri daripada rakyatnya juga. Rakyat mereka juga dibelit hutang. Bila hutang
meningkat maka nilai matawang akan mengecil.
Kestabilan
Politik
Sesebuah Negara yang stabil kurang akan mempengaruhi
kemerosotan nilai matawang seandainya berlaku pergolakan politik.
Subscribe to:
Posts (Atom)