Saya dah tertarik dengan gold bar. Dulu saya tak amek tahu sangat fasal kepentingan emas sebab saya minat lagi tengok silver n white gold. Dulu selalu cakap yang emas nie unttk org tua-tua sahaja.huhu..
Tapi persepsi saya pada emas sudah berubah bila one day saya discuss fasal gold dengan seorang teman. Then, dari hari 2, pandangan saya pada emas dah berubah. Saya simpan duit n beli 1g gold bar pada mulanya. Saya nak rasa macam mana feel bila kita ada satu barang yang berharga. Akhirnya saya dah suka pada emas.
Emas sangat bernilai pada masa akan datang sebab emas adalah asset penting yang berharga. Emas benda berharga yang bantu kita generate income lebih di masa hadapan. Pelaburan emas sangat berbaloi. Ada macam2 jenis pelaburan emas nie, contoh macam simpan gold bar, GIA (gold investment account), barang kemas, online gold trading n lain2.
‘’ Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. ‘’- hadith
Tentang Emas
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah kekayaan sebenarnya.
3. Emas tidak boleh dimanipulasikan.
4. Nilai matawang semakin jatuh sementara nilai emas semakin meningkat kukuh.
5. Emas adalah aset yang terbaik.
Emas, walau apa pun keadaan ekonomi baik ketika ekonomi sedang meleset atau ketika ekonomi berkembang, ia tetap bernilai. Tidak seperti bon, saham, matawang asing yang boleh hilang banyak nilainya ketika ekonomi jatuh. Apabila berlakunya susut nilai bagi semua matawang berikutan masalah ekonomi yang melanda dunia, pelaburan mana yang boleh diharapkan untuk memberi pulangan dalam risiko yang rendah? Apa pula yang akan naik nilainya?
p/s: pakat2 kita ramai2 beli emas n simpan harta karun bnyk2 Ok..:p






