anakayahkaya.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

Gold vs Dollar


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perihal Zakat




Pengertian Zakat

Dari segi bahasa:
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "BERKAT" dan "BERKEMBANG". Pengertian bersih dan suci dalam istilah zakat ilah menbersihkan
harta dan mensucikan diri dan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil.

Dari segi syarak:
Mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh syarak.

ZAKAT HARTA
Setiap barang yg benar2 dimiliki dan dikawal serta kebiasaanya boleh diambil faedah daripadanya.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna milik
  4. Cukup nisab
  5. Cukup haul (genap setahun qamariah/354 hari) 

EMAS
Jenis emas terbahagi kepada:
1) emas perhiasan - iaitu emas yg dipakai sebagai barang perhiasan dalam masa setahun qamariah.
wajib dikeluarkan 2.5% atau 1/40 zakatnya apabila beratnya melebihi 500gram.

2) emas simpanan - iaitu emas yang disimpan dalam masa setahun qamariah dan beratnya melebihi 85gram  atau 25 mayam.
wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 dari nilainya.

PERAK
Barangan perak wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada nilai harta tersebut apabila genap setahun qamariah dan beratnya melebihi
200dirham/595 gram/176 mayam.

ZAKAT SIMPANAN
seorang muslim yg mempunyai wang simpanan wajib mengeluarkan zakat 2.5% sekiranya memenuhi 3 syarat berikut:

  1. wang simpanan itu kepunyaannya (milik sempurna)
  2. wang itu tidak disimpan tidak kurang daripada 12 bulan qamariah/354 hari
  3. wang itu mencukupi nisab iaitu menyamai atau melebihi kadar 20 misqal emas, bersamaan 85 gram emas.

ZAKAT SAHAM
Saham adalah wang yg dilaburkan dalam sesebuah perniagaan/syarikat. ia adalah bukti pemilikan sesebuah perniagaan.
Kadar zakatnya adalah 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun (tarikh cukup haul).


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Sedang mengumpul aset emas..harap anda juga begitu :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Salam..
kita kena rajin n selalu membaca untuk menambah pengetahuan tentang pengurusan wang dan peluang-peluang baru tentang mengandakan pendapatan, penambahan asset seperti hartanah, emas ataupun silver.
Sumber-sumber bacaan ini boleh didapati melalui internet, e-book,buku, paper, majalah dan sebagainya.
Disini saya tunjukkan beberapa majalah n buku yang saya baca mengenai GOLD :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keperluan dan Kehendak



Keperluan adalah sesuatu yang menjadi perkara penting dalam menjalani kehidupan kita seharian
Makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan seupamanya merupakan keperluan bagi manusia dalam meneruskan hidup.

Kehendak pula adalah keinginan kita untuk memiliki sesuatu yang lebih baik samaada dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, perkhidmatan dan sebagainya.

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian kita lebih mengutamakan kehendak daripada keperluan. Contoh mudah, kita boleh memilih untuk makan tengahari samada di kedai makan nasi melayu yang berharga rm5 untuk makan tengahari atau pun makan di Mcd yang mana 1 set lunch mealnya berharga rm10?
Mana lebih kenyang dan berbaloi untuk tempoh yang lebih lama? :p

Apa Beza Keperluan dan Kehendak?

Penting bagi kita untuk bijak membezakan kehendak dan keperluan agar kita tidak selalu berbelanja melebihi pendapatan. Dalam keadaan taraf hidup yang belum mencapai financial freedom kita perlu lebih peka terhadap keperluan dan kehendak masing2.

Meminimumkan kehendak dan lebihkan menggunakan keperluan adalah lebih berfaedah dari membiarkan duit kita digunakan pada benda2 yang tidak menguntungkan.

akhir kata : jadilah pengguna bijak :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS