Perihal Zakat
Pengertian Zakat
Dari segi bahasa:
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "BERKAT" dan "BERKEMBANG". Pengertian bersih dan suci dalam istilah zakat ilah menbersihkan
harta dan mensucikan diri dan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil.
Dari segi syarak:
Mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh syarak.
ZAKAT HARTA
Setiap barang yg benar2 dimiliki dan dikawal serta kebiasaanya boleh diambil faedah daripadanya.
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA
- Islam
- Merdeka
- Sempurna milik
- Cukup nisab
- Cukup haul (genap setahun qamariah/354 hari)
EMAS
Jenis emas terbahagi kepada:
1) emas perhiasan - iaitu emas yg dipakai sebagai barang perhiasan dalam masa setahun qamariah.
wajib dikeluarkan 2.5% atau 1/40 zakatnya apabila beratnya melebihi 500gram.
2) emas simpanan - iaitu emas yang disimpan dalam masa setahun qamariah dan beratnya melebihi 85gram atau 25 mayam.
wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 dari nilainya.
PERAK
Barangan perak wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada nilai harta tersebut apabila genap setahun qamariah dan beratnya melebihi
200dirham/595 gram/176 mayam.
ZAKAT SIMPANAN
seorang muslim yg mempunyai wang simpanan wajib mengeluarkan zakat 2.5% sekiranya memenuhi 3 syarat berikut:
- wang simpanan itu kepunyaannya (milik sempurna)
- wang itu tidak disimpan tidak kurang daripada 12 bulan qamariah/354 hari
- wang itu mencukupi nisab iaitu menyamai atau melebihi kadar 20 misqal emas, bersamaan 85 gram emas.
ZAKAT SAHAM
Saham adalah wang yg dilaburkan dalam sesebuah perniagaan/syarikat. ia adalah bukti pemilikan sesebuah perniagaan.
Kadar zakatnya adalah 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun (tarikh cukup haul).
Salam..
kita kena rajin n selalu membaca untuk menambah pengetahuan tentang pengurusan wang dan peluang-peluang baru tentang mengandakan pendapatan, penambahan asset seperti hartanah, emas ataupun silver.
Sumber-sumber bacaan ini boleh didapati melalui internet, e-book,buku, paper, majalah dan sebagainya.
Disini saya tunjukkan beberapa majalah n buku yang saya baca mengenai GOLD :)
Subscribe to:
Posts (Atom)